Blogger Layouts

Selasa, 26 Julai 2011

SAAT BERASA DIRI TIDAK BERGUNA

Kali ini aku nak discuss ckit pasal tajuk ni. Aku pasti korang pun pernah merasai seperti tajuk diatas kan?'kekadang rasa diri tidak berguna'. ya..pabila kita kecewa atas sesuatu oleh sebab kegagalan kita sendiri, pasti akan terdetik di hati' ah!aku xguna!'. erm, itulah monolog yang akn terbit di hati di kala hati ni rasa sedih sgt2 kan? jangan begitu.. sesungguhnya tidak akan lahir seseorang hamba Allah tanpa keistimewaan diri dan keperluan untuk kita hidup di dunia ini. ok, mcmana kita nk ubat diri kita saat kita menempuh emosi sebegini. Apabila berdepan dengan emosi sepeti ini, ada sesetengah dari kita mula bad mood. semua orang di marahnya dan mula mengurung diri dalam bilik dan yang lebih teruk lagi mencederakan diri. masyaallah..mungkin cara yang aku telah cuba di bawah ini dapat membantu:
  1. Membasuh muka dan kepala. Lebih baik lagi jika kita mengambil air wudhuk.( pahala pun dapat). apabila air mula mengenai kepala, hati yang panas dan hiba turut merasa sejuk, sesejuknya air yang dilalukan di muka dan kepala tadi.
  2. Tarik nafas dalam2 dan hembuskan bersama rasa marah tadi sehingga hati kita berasa tenang sedikit.
  3. Minum air kosong juga mampu membuat kita tenang.
  4. Jika masih dalam keadaan sedih,pilu dan sebak. Cubalah untuk menangis sepuasnya. Apabila kita menangis, tentunya badan akan mula rasa letih. Jika boleh, ambillah masa untuk tidur sekejap. percayalah, apabila anda bangun nanti anda akan berasa semangat semula.!
Jika kelapangan cubalah baca buku-buku motivasi. Dengan cara ini anda mampu meningkatkan keyakinan diri. Layari laman web dan blog-blog yang memberi anda semangat. Penuhilah diri anda dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan. Aku masih ingat lagi kata2 seseorang kepadaku,' kita terlalu sedih apabila kita tiada kasut untuk berjalan ke sana ke mari, akan tetapi ingatlah ada orang lain,tidak langsung mempunyai kaki untuk memakai kasut itu'. jangan terlalu sedih atas setiap sesuatu. Renungkan dan ingatlah setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik,cuma cara mencungkilnya belum dicapai. jadi apa lagi? usahalah mencungkil keistimewaan anda!! hanya anda yang tahu..

oh ya..aku nk suggest satu buku pada korang yang bertajuk 'JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA PALING BAHAGIA' oleh DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.


''Biarlah jatuh seribu kali kerana usaha anda, tetapi jangan kerana putus asa anda!''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan