Fatamorgana
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
Mendengar baik2 indah lagu ini membuatkan kita seperti tersedar dari lena yang panjang.Lena yang diulit mimpi indah tetapi penuh noda dan dosa. Daripada lena inilah yang membuat kita leka hingga terlupa yang hidup dunia adalah sementara.. Walau ilmu di dada sudah kita lengkapi,tapi tanpa amal dan iman yang teguh, ianya ibarat sebiji telur yang bergred A tetapi busuk di dalamnya. Sedetik kita sedar akan kesilapan yang lalu, kembalilah kepadaNYA. Niat jangan ulangi kekhilafan yang lalu dan bersyukurlah kita masih lagi dipilih Allah untuk kembali kepada suruhanNya. Murahkanlah airmata kita untuk menangisi kekhilafan yang lalu kerana kita tidak rugi sedikitpun daripada kita menangis kerana mengejar cinta dunia yang belum tentu milik kita! Semoga airmata yang kita alirkan pada hari ini kerana kasihNYA kita kepada Allah dan sayangnya kita pada Nabi S.A.W akan memadamkan azab di akhirat kelak! Allhuakbar!!
''Murahkanlah airmata kita untuk menangisi kekhilafan yang lalu kerana kita tidak rugi sedikitpun daripada kita menangis kerana mengejar cinta dunia yang belum tentu milik kita!'' |
Sediakah kita dengan amal jika kita dijemput sekarang?? Mari sahabat, bersama kita renungkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan