Blogger Layouts

Jumaat, 1 Mac 2013

MUSLIMAH


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Khamis, 28 Februari 2013

i city kami datang

cerah terang benderang
Last weekend rasa nk keluar jalan2.tak tau nak ke mana..lalu kami telah memilih i city sbg tempat yang dituju. lepas menjemput kwn kami yang sambung study di UKM, kami pun bergerak la menuju ke shah alam... dalam sejam lebih, tambah2 sesat. Akhirnya sampai jugak tempat yang dah lama aku nak pergi nih.selalu tgk kwn kat FB je dok upload gambar.teringin jugak nk tgk sendiri..dlm 10 lebih baru smpai..penuh manusia! tapi best2..cerah mata tengok lampu banyak .colorful!!hehehe..~~

aku dan hezmedia minggu kedua

Alhamdulillah..setelah grad pada bulan 11 tahun lepas, saya telah mengikuti program bersama GEMS (Graduate Employability Management Scheme) di Hotel Seri Malaysia Mersing selama 2 bulan. sepanjang kursus selama 2 bulan di sana, saya telah mengikuti 8 modul yang berasaskan event management dan bisness. best2! sebab apa tau..sebab tak la experience ni terhad kpd kos kimia saja..maknanya kita ni flexible.ada ilmu tang lain jugerr..hehe.. dah setelah 2 bulan di sana, saya telah ditawarkan oleh Hezmedia Interactive Sdn Bhd yang bertapak Bandar Sunway untuk menjalani praktikal 6 bulan. Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu kedua saya di sini. suasana macam mana?yesza..yg seronoknya tak bekerja di bwh tekanan. Bos muda lagi.usahawan muda la lebih kurang. Hezmedia adalah company yg baru. Company ini company game development.dia ada produk game math utk budak2 sekolah. terbaik lah! boleh main game hari2.tapi kami juga menjalankan aktiviti2 bersama budak2 sekolah untuk mereka meningkatkan ilmu matematik mereka. sekolah2 yang terpilih setakat ini adalah sekolah2 di sekitar lembah kelang..aha! next month, kami akan busy.skrg tgh buat research tentang sekolah2 yang kami akn tuju..tak sabar nk bersama adik2 rasanya..=)

Jumaat, 1 Jun 2012

REDHA ATAS SEGALA TAKDIR

assalamualaikum. dah lama sungguh tak jenguk blog ni. tiba-tiba rasa ada sesuatu yang nak dikongsi bersama lantas dengan lajunya jari jemariku menaip untuk jenguk blog nih. erm, sepanjang semester 6 aku di UMT ni, byk sungguh dugaan yang melanda. rasa kadg2 tu tak mampu nak tanggung. tapi, bila difikir-fikirkan balik, dugaan dan cabaran yang melanda juga satu nikmat. ha,,nikmat.kenapa ya? sebab, ni nikmat menunjukkan Allah tu syg........ sgt2 kat kita. Allah nk bagi kita bermanja denganNya. kita perhatikan bacaan basmalah yang kita tak pernah tinggal seharian. hari-hari mesti kita menyebutnya. apa maksud disebalik basmalah? ''Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang''. see? Allah Maha penyayang..dia bagi kita nikmat dalam bentuk ujian dan dugaan. sem ni banyak aku pelajari dan menghayati apa itu erti ''REDHA''. ya! redha atas segala takdir yang menimpa.

Rabu, 3 Ogos 2011

PUASA part 1

Alhamdulillah..kita sudah sampai ke bulan ramadhan bagi tahun 1432H. syukur ke hadrat IIlahi kerana Allah memberi peluang sekali lagi kepada kita untuk menjalani ibadah puasa. aku disini bersykur masih dapat bersahur dan berbuka bersama ayah dan ma di kuala Lumpur. ha?knp ak berada di Kuala Lumpur, bukan di Kelantan tercinta? buat pengetahuan, ayahku tercinta mengidap penyakit buah pinggang. kedua2 belah buah pinggangnya tidak lagi berfungsi. jadi, beliau harusalah menjalani dylisis 3 kali seminggu seumur hidup. sebulan lamanya ayahdirawat di Hospital UKM. (Pusat Perubatan UKM). kurus dah dia..='( akhirnya, 1 ramadhan dengan kuasa Ilahi yang berkuasa keatas ke setiap hambanya, ayah masih dapat menunaikan solat terawih. Alhamdulillh Ya Allah! walau x Kau kembalikan buah pinggangnya, cukup lah dia dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Jumaat, 29 Julai 2011

CINTA ITU APA?


Ini adalah sajak yang paling terindah tentang makna cinta sebenar.. buatkan aku terasyik seketika dengan kata2 yang di rungkaikan..di dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Hakikat dari sajak ini menunjukkan CINTA itu luas. Allah menganugerahkan anugerah yang suci ini kepada setiap hambanya. Jika kita hayati, kita fahami...tentu sahaja terbit aliran jernih di kelopak mata.

Cinta adalah KEKUATAN yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sihat,
Mengubah bakhil jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah.
Itulah CINTA.....

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan tentang cinta dan percintaan..


                                                                                            Rumi, penyair Parsi

Selasa, 26 Julai 2011

SAAT BERASA DIRI TIDAK BERGUNA

Kali ini aku nak discuss ckit pasal tajuk ni. Aku pasti korang pun pernah merasai seperti tajuk diatas kan?'kekadang rasa diri tidak berguna'. ya..pabila kita kecewa atas sesuatu oleh sebab kegagalan kita sendiri, pasti akan terdetik di hati' ah!aku xguna!'. erm, itulah monolog yang akn terbit di hati di kala hati ni rasa sedih sgt2 kan? jangan begitu.. sesungguhnya tidak akan lahir seseorang hamba Allah tanpa keistimewaan diri dan keperluan untuk kita hidup di dunia ini. ok, mcmana kita nk ubat diri kita saat kita menempuh emosi sebegini. Apabila berdepan dengan emosi sepeti ini, ada sesetengah dari kita mula bad mood. semua orang di marahnya dan mula mengurung diri dalam bilik dan yang lebih teruk lagi mencederakan diri. masyaallah..mungkin cara yang aku telah cuba di bawah ini dapat membantu:
  1. Membasuh muka dan kepala. Lebih baik lagi jika kita mengambil air wudhuk.( pahala pun dapat). apabila air mula mengenai kepala, hati yang panas dan hiba turut merasa sejuk, sesejuknya air yang dilalukan di muka dan kepala tadi.
  2. Tarik nafas dalam2 dan hembuskan bersama rasa marah tadi sehingga hati kita berasa tenang sedikit.
  3. Minum air kosong juga mampu membuat kita tenang.
  4. Jika masih dalam keadaan sedih,pilu dan sebak. Cubalah untuk menangis sepuasnya. Apabila kita menangis, tentunya badan akan mula rasa letih. Jika boleh, ambillah masa untuk tidur sekejap. percayalah, apabila anda bangun nanti anda akan berasa semangat semula.!
Jika kelapangan cubalah baca buku-buku motivasi. Dengan cara ini anda mampu meningkatkan keyakinan diri. Layari laman web dan blog-blog yang memberi anda semangat. Penuhilah diri anda dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan. Aku masih ingat lagi kata2 seseorang kepadaku,' kita terlalu sedih apabila kita tiada kasut untuk berjalan ke sana ke mari, akan tetapi ingatlah ada orang lain,tidak langsung mempunyai kaki untuk memakai kasut itu'. jangan terlalu sedih atas setiap sesuatu. Renungkan dan ingatlah setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik,cuma cara mencungkilnya belum dicapai. jadi apa lagi? usahalah mencungkil keistimewaan anda!! hanya anda yang tahu..

oh ya..aku nk suggest satu buku pada korang yang bertajuk 'JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA PALING BAHAGIA' oleh DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.