Blogger Layouts

Jumaat, 29 Julai 2011

CINTA ITU APA?


Ini adalah sajak yang paling terindah tentang makna cinta sebenar.. buatkan aku terasyik seketika dengan kata2 yang di rungkaikan..di dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Hakikat dari sajak ini menunjukkan CINTA itu luas. Allah menganugerahkan anugerah yang suci ini kepada setiap hambanya. Jika kita hayati, kita fahami...tentu sahaja terbit aliran jernih di kelopak mata.

Cinta adalah KEKUATAN yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sihat,
Mengubah bakhil jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah.
Itulah CINTA.....

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan tentang cinta dan percintaan..


                                                                                            Rumi, penyair Parsi

Selasa, 26 Julai 2011

SAAT BERASA DIRI TIDAK BERGUNA

Kali ini aku nak discuss ckit pasal tajuk ni. Aku pasti korang pun pernah merasai seperti tajuk diatas kan?'kekadang rasa diri tidak berguna'. ya..pabila kita kecewa atas sesuatu oleh sebab kegagalan kita sendiri, pasti akan terdetik di hati' ah!aku xguna!'. erm, itulah monolog yang akn terbit di hati di kala hati ni rasa sedih sgt2 kan? jangan begitu.. sesungguhnya tidak akan lahir seseorang hamba Allah tanpa keistimewaan diri dan keperluan untuk kita hidup di dunia ini. ok, mcmana kita nk ubat diri kita saat kita menempuh emosi sebegini. Apabila berdepan dengan emosi sepeti ini, ada sesetengah dari kita mula bad mood. semua orang di marahnya dan mula mengurung diri dalam bilik dan yang lebih teruk lagi mencederakan diri. masyaallah..mungkin cara yang aku telah cuba di bawah ini dapat membantu:
  1. Membasuh muka dan kepala. Lebih baik lagi jika kita mengambil air wudhuk.( pahala pun dapat). apabila air mula mengenai kepala, hati yang panas dan hiba turut merasa sejuk, sesejuknya air yang dilalukan di muka dan kepala tadi.
  2. Tarik nafas dalam2 dan hembuskan bersama rasa marah tadi sehingga hati kita berasa tenang sedikit.
  3. Minum air kosong juga mampu membuat kita tenang.
  4. Jika masih dalam keadaan sedih,pilu dan sebak. Cubalah untuk menangis sepuasnya. Apabila kita menangis, tentunya badan akan mula rasa letih. Jika boleh, ambillah masa untuk tidur sekejap. percayalah, apabila anda bangun nanti anda akan berasa semangat semula.!
Jika kelapangan cubalah baca buku-buku motivasi. Dengan cara ini anda mampu meningkatkan keyakinan diri. Layari laman web dan blog-blog yang memberi anda semangat. Penuhilah diri anda dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan. Aku masih ingat lagi kata2 seseorang kepadaku,' kita terlalu sedih apabila kita tiada kasut untuk berjalan ke sana ke mari, akan tetapi ingatlah ada orang lain,tidak langsung mempunyai kaki untuk memakai kasut itu'. jangan terlalu sedih atas setiap sesuatu. Renungkan dan ingatlah setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik,cuma cara mencungkilnya belum dicapai. jadi apa lagi? usahalah mencungkil keistimewaan anda!! hanya anda yang tahu..

oh ya..aku nk suggest satu buku pada korang yang bertajuk 'JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA PALING BAHAGIA' oleh DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.

Ahad, 24 Julai 2011

AIR MATA KEINSAFAN DENGAN LIRIK FATAMORGANA

Fatamorgana

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


Mendengar baik2 indah lagu ini membuatkan kita seperti tersedar dari lena yang panjang.Lena yang diulit mimpi indah tetapi penuh noda dan dosa. Daripada lena inilah yang membuat kita leka hingga terlupa yang hidup dunia adalah sementara.. Walau ilmu di dada sudah kita lengkapi,tapi tanpa amal dan iman yang teguh, ianya ibarat sebiji telur yang bergred A tetapi busuk di dalamnya. Sedetik kita sedar akan kesilapan yang lalu, kembalilah kepadaNYA. Niat jangan ulangi kekhilafan yang lalu dan bersyukurlah kita masih lagi dipilih Allah untuk kembali kepada suruhanNya. Murahkanlah airmata kita untuk menangisi kekhilafan yang lalu kerana kita tidak rugi sedikitpun daripada kita menangis kerana mengejar cinta dunia yang belum tentu milik kita! Semoga airmata yang kita alirkan pada hari ini kerana kasihNYA kita kepada Allah dan sayangnya kita pada Nabi S.A.W akan memadamkan azab di akhirat kelak! Allhuakbar!! 
 ''Murahkanlah airmata kita untuk menangisi kekhilafan yang lalu kerana kita tidak rugi sedikitpun daripada kita menangis kerana mengejar cinta dunia yang belum tentu milik kita!''

Sabtu, 23 Julai 2011

BERSAMA HIMAWARI SHIN CHAN JUNIORl!~ NADHRATUL ZAHRAH MOHD NAZIF~

Semalam aku melapor diri di Puncak Alam sebagai pengasuh anak saudaraku yang comel,(Anak Abgku yang ke 7) Nadhratul Zahrah Mohd Nazif. Beliau ini aku gelarkan Himawari Shin Chan!haha..Why?Coz, dia ni sangat2 cute dan lucu tetapi cerdik. Almaklumlah,zahrah ni, diberi makan campuran spirulina dan kismis serta pisang. Umurnya dah 7 bulan. Zahrah ni merupakan anak sulung kepada pasangan abg dan kakak iparku iaitu Mohd Nazif Darawi dan Nor Khaizan Anuar. kakak iparku ini merupakan salah seorang pensyarah farmasi di UITM Puncak Alam. Dan abgku masih lagi meneruskan Phd dalam bidang Sains Biologi. aku di sini ditugaskan untuk menjaga Cik Himawari ni sebb,akak iparku ke Indonesia kerana menghadiri 'conference'. Beliau juga masih membuat research untuk mendapatkan segulung PhD.insyallah.. menjaga zahrah ni seronok,sebab dia selalu senyum je...tenang hati tengok zahrah..=)


zahrah enjoy watching cartoon at Al Hijrah channel.
                         
ha,tgok dari belakang macam himawari kan.erm, zahrah ni cerdik sgt.senang di ajar. merajuk pun pandai dah. muka dia lucu kan. dia suka buat aksi2 baru yang lwak dan buatkan org gelak.=) semoga zahrah menjadi ank yang solehah  untuk ayah dan ibu ya syg..